Thursday, 24 March 2016
Monday, 21 March 2016
5.3 Konsep Pembangunan Insan
5.3.1 Sistem Pendidikan
Sistem pendidikan di Negara ini telah wujud sejak zaman kegemilangan Empayar Melaka. Dengan kedatangan agama Islam ke Melaka pada abad ke-15, pendidikan zaman ini adalah berteraskan ajaran Islam. Perkara asas yang telah diajar ialah membaca Al-Quran dan kitab-kitab tentang agama Islam. Pendidikan agama ini dilaksanakan di surau-surau dan juga di madrasah. Bertitik tolak dari pendidikan awal ini maka lahirlah sistem pendidikan pondok di mana para pelajar yang mendalami ilmu agama tinggal di pondok (rumah kecil). Guru agama atau para ulama akan datang ke pondok-pondok ini untuk mengajar murid-murid mereka. Mata pelajaran yang disampaikan oleh guru-guru agama ini adalah ilmu Tauhid, Fiqh, Hadis, Nahu Saraf dan Tasauf. Bahasa Arab dan juga menulis jawi telah diajar di sekolah pondok. Pada tahun 1511, selepas Portugis menawan Melaka, pendidikan berasaskan agam Kristian mazhab Roman Katholik telah diperkenalkan oleh Pihak Portugis.
Apabila Melaka jatuh ke tangan Belanda, mereka memperkenalkan pula ajaran Kristian mazhab Protestan. Sistem pendidikan Inggeris telah diperkenalkan di Tanah Melayu apabila Negara ini dikuasai oleh British. Pada zaman pemerintahan British adalah tidak seimbang dan menerusi sistem ini mereka telah mewujudkan empat jenis persekolahan iaitu Sekolah Melayu, Sekolah Inggeris, Sekolah Cina, dan Sekolah Tamil.
Perkembangan Sekolah Inggeris
Sekolah-sekolah Inggeris yang terawal telah dibuka dan ditadbirkan oleh mubaligh-mubaligh Kristian, iaitu Mazhab Angilican, Roman Katolik, dan Methodist. Sekolah Inggeris yang pertama di Tanah Melayu ialah Penang Free School. Sekolah ini telah didirikan pada tahun 1816 oleh Rev. R.S.Hutchings , seorang mubaligh Kristian Angilican di Pulau Pinang. Bermula dari sekolah rendah dan telah dinaik taraf pada tahun 1920-an kepada sekolah menengah. Sekolah ini dinamakan “Free” kerana ia menerima pelajar-pelajar dari semua bangsa dan agama. Pada tahun 1862, Melaka Free School telah didirikan manakala pada tahun 1834, Singapore Free School pula telah didirikan. Pada tahun 1863, sekolah ini telah ditukar namanya kepada Raffles Institution.
Sebuah sekolah Inggeris khusus untuk keluarga Diraja dan pembesar-pembesar negeri telah dibina pada tahun 1890 dan dinamakan Sekolah Raja. Mata pelajaranya adalah berteraskan sistem pendidikan di Britian.Apabila Victoria Institution dibuka pada tahun 1893 maka Sekolah Raja telah ditutup pada tahun berikutnya iaitu pada tahun 1894.
Sekolah Mubaligh
Penglibatan mubaligh-mubaligh Kristian dalam sistem pendidikan di Negara ini telah bermula dari zaman penjajahan Portugis di Melaka. Selepas Tanah Melayu jatuh ke tangan British, golongan mubaligh telah memainkan peranan utama dalam perkembangan sistem pendidikan di Negara ini. Mereka terdiri dari golongan Anglican, Roman Katolik dan Methodist. Selain dari Free School, mubaligh Anglican juga telah mendirikan Bukit Bintang Girl School dan St.Mary. Pada tahun 1897, mubaligh Methodist telah mendirikan Sekolah Anglo-Tamil di Kuala Lumpur. Sekolah ini kemudianya telah ditukar nama kepada Methodist Boys School.
Manakala sekolah Cina yang ditadbir oleh mubaligh Methodist dikenali sebagai Anglo-Chinese School (ACS). Sekolah-sekolah ini telah dibuka di Kapar, Teluk Intan, Setiawan, Klang dan Seremban. Mubaligh Roman Katolik pula terkenal dengan penubuhan sekolah-sekolah Convent untuk murid-murid perempuan dan Sekolah Saint untuk murid-murid lelaki. Sekolah-sekolah mubaligh yang ditadbirkan oleh agama Kristian mempunyai ciri-ciri iaitu untuk mengembangkan agama Kristian dan ilmu Bahasa pengantar, mendapat bantuan dan sokongan daripada Kerajaan British, Melayu seramai 2090 orang dan mewajibkan murid-murid bukan beragama Islam mengikuti pelajaran agama Kristian.
Pada keseluruhanya orang Melayu tidak berminat untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah mubaligh. Mereka curiga bahawa anak-anak mereka akan dipengaruhi oleh agama tersebut.
Perkembangan Sekolah Cina
Perkembangan dan kemajuan sekolah-sekolah cina di Tanah Melayu adalah dibiaya oleh masyarakat cina sendiri. Kerajaan British tidak menghulurkan apa-apa bantuan dalam perkembangan sistem pendidikan . Sekolah-Sekolah ini menggunakan dialek kaum masing-masing iaitu Kantonis, Hokkien, Hakka dan lain-lain. Sistem pendidikan aliran Cina ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu Sekolah Rendah yang meliputi tempoh enam tahun, Sekolah Menengah Rendah (Junior Middle Three) meliputi tempoh tiga tahun dan juga Sekolah Menengah Atas (Senior Middle Three) meliputi tempoh tiga tahun.
Sekolah Menengah Cina yang pertama didirikan di Tanah Melayu ialah di Singapura. Sekolah ini telah didirikan pada tahun 1913. Pada tahun 1920, penggunaan Bahasa Mandarin atau Kuo Yu dilaksanakan. Bantuan kewangan, membina sekolah dan melantik nazir sekolah telah dilaksanakan oleh Kerajaan British bagi mengawal mutu pendidikan sekolah-sekolah Cina. Pada tahun 1920, Kerajaan British telah meluluskan Enakmen Pendaftaran sekolah-sekolah Cina. Bagi mengawal perkembangan Sekolah Cina, Kerajaan British telah mengambil langkah memperkenalkan Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan sukatan pelajaran baru yang bercirikan tempatan.
Perkembangan Sekolah Tamil
Sekolah-sekolah Tamil telah didirikan oelh pemilik-pemilik lading itu sendiri. Sekolah Tamil terawal telah didrikan di Pulau Pinang pada tahun 1816. Sekolah ini ditutup kerana tidak mendapat sambutan. Pada tahun 1850, sekolah Anglo Tamil telah didrikan di Melaka tetapi hanya bertahan selama sepuluh tahun. Pada tahun 1859, sebuah lagi Sekolah Tamil iaitu Sekolah ST. Francis Xavier Malabar telah dibuka di Singapura.
Mereka menamatakan pelajaran di peringkat rendah dan bekerja sebagai buruh di estet-estet. Pada tahun 1911, Kerajaan British telah menguatkuasakan Undang-undang Buruh. Pada tahun 1914, sekolah-sekolah Tamil telah didirikan di kawasan perbandaran yang mempunyai ramai penduduk kaum India. Sekolah Tamil Vivekananda adalah salah satu sekolah yang terkenal di Kuala Lumpur. Pada tahun 1930, nazir sekolah Tamil diwujudkan dan latihan untuk guru-guru Tamil yang diadakan bagi mengatasi kekurangan guru yang terlatih. Di sekolah, menggunakan Bahasa Tamil, Malayalam dan Telegu. Sekolah Tamil di Negara ini hanya terhad kepada peringakat rendah sahaja
5.2 Konsep Pembangunan Dan Alam Sekitar
5.2.1 Menjelaskan Konsep Pencemaran Dan Pemuliharaan Alam Sekitar
Pendahuluan
Alam sekitar yang berkualiti menyumbang kepada usaha meningkatkan produktiviti dan pertumbuhan ekonomi jangka pendek dan jangka panjang. Beberapa mekanisme institusi dan program dilaksanakan untuk mengatasi pencemaran alam sekitar dan memulihara sumber asli melalui berbagai program Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCED). Malaysia tidak ketinggalan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan dan pemuliharaan alam sekitar.
Malaysia mengambil berat tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar bagi memastikan pembangunan yang mantap,mekanisme ekonomi yang positif dilaksanakan. Strategi ini disokong oleh undang-undang yang dikuatkuasakan dengan tegas dan adil. Langkah-langkah ini menggalakkan sektor swasta menerima pakai dan membangunkan teknologi bercirikan kecemerlangan kualiti alam sekitar.Tegasnya pembangunan dan diteruskan tanpa mencemar kualiti alam sekitar.
Kelemahan-kelemahan seperti garis panduan dan pendekatan pemuliharaan alam sekitar yang kurang jelas ditangani bagi mengelakkan pencemaran dan kemerosotan kualiti alam sekitar seperti hakisan tanah,pencemaran air dan udara.
Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Kualiti Alam Sekitar
Pencemaran dan kemrosotan kualiti alam sekitar akan menyebabakan kesan yang negative bukan sahaja terhadap kesihatan mausia tetapi juga kemajuan ekonomi Negara. Kepentingan kualiti alam sekitar terhadap manusia terbukti melalui penyelidikan dan kajian dalam dan luar Negara. Dalam beberapa penyelidikan di abad ni pengkaji mendapati bahawa jika manusia tidak menjaga dan memulihara alam sekitar bagi mengelakkan kesan-kesan negatif, kualiti kehidupan manusia akan merosot akibat perbuatan manusia sendiri amnya, Ini kerana walaupun kemajuan fizikal dipertingkatkan namun akibat kelalaian, kerakusan dan sifat suka membelakangkan undang-undang, manusia akan hilang sedikit demi sedikit nikmat alam yang indah dan udara yang bersih. Umumnya, jika keadaaa demikian berterusan, makhluk di bumi ini akan terus mengalami kesan-kesan buruk, seperti pencemaran alam sekitar.
5.1.5 Peranan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Pertubuhan ini telah ditubuhkan secara rasmi tahun 1945. Ibu pejabat terletak di San Francisco (asal) berpindah ke New York pada tahun 1946. Pada peringkat awal pertubuhan, hanya 51 buah anggota telah menyertai. Pada tahun 2002, anggota pertubuhan ini telah meningkat kepada 189 buah anggota.Malaysia menyertai PBB pada 17 September 1957 selepas mencapai kemedekaan. Negara anggota perlu akur dengan Piagam PBB iaitu satu perjanjian antarabangsa yang menggariskan prinsip-prinsip asas hubungan antarabangsa.
Malaysia juga telah dipilih menjadi pemimpin ICDTT, iaitu agens antarabangsa yang ditugaskan untuk membanteras penyalahgunaan dadah. Selain memberikan pandangan, cadangan atau teguran kepada badan dunia ini, Malaysia juga terlibat dalam melaksanakan dasar PBB seperti menghantar pasukan pengama di Congo (1961), Somalia (1995), Bosnia (1996) dan sempadan Iran-Iraq (1990). Kemasukan Malaysia ke PBB telah mendatangkan banyak faedah. Contohnya, WHO telah banyak membantu penyelidikan dan peningkatan taraf hidup rakyat, FAO membantu pengeluaran makanan, manakala UNESCO telah memajukan sistem pendidikan Negara.
BAB 5:ISU-ISU KEPERIHATINAN NEGARA
5.1 Dasar Malaysia Tentang Hal Ehwal Serantau Dan Dunia
Pendahuluan
Kesemua Negara di dunia mempraktikkan premis tersebut dalam penggubalan dasar luar hubunganya dengan Negara lain. Bagi Malaysia,amat penting agar usaha serta langkah yang kita ambil adalah berpandukan objektif menjamin keselamatan serta kemakmuran Negara dan juga menentukan keamanan di rantau Asia Tenggara terus berkekalan. Harus ditekankan bahawa kepentingan Negara kita sebenarnya amat meluas dan tidak hanya tertakluk kepada isu keamanan dan keselamatan semata-mata bahkan melibatakn juaga kegiatan ekonomi Negara.
Menyedari betapa pentingnya Negara terus maju dan produktif,kerajaan mengamalkan dasar ekonomi terbuka dan bercorak antarabangsa. Sektor pembuatan merupakn tunggak utama ekonomi Negara dan kebanyakan barangan yang dihasilkan adalah untuk dieksport. Sebagai sebuah Negara dagang,Malaysia perlu menjalin hubungan baik dengan dunia luar.
Kedaulatan Negara merupakan tunggak utama sistem perhubungan antarabangsa. Oleh itu,pengendalian dasar luar Negara perlulah bercerminkan keadaaan yang sedemikian rupa. Justeru,Malaysia lantang menyuarakan idea di persada antarabangsa. Malaysai juga berkerjasama dengan Negara-negara dunia lain dalam usaha mengutarakan kedudukan kita berasaskan kepentingan Negara.
Objektif Dasar Luar Negara
Secara ringkas, Objektif-objektif dasar luar Negara antara lain adalah untuk menjaga, mempertahankan dan memajukan kepentingan Malaysia di arena antarabangsa. Mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan wilayah melalui dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman Negara lain. Menangani perkembangan dan cabaran politik,ekonomi keselamatan dan sosial pada peringkat antarabangsa. Mempertahankan dan memajukan hak kepentingan dan inspirasi Malaysia dalam semua bidang. Memupuk hubungan baik serta meningkatkan kerjasama dengan negara-negara lain.
Peranan Kementerian Luar Negeri
Kementerian luar negeri ialah sebuah agensi kerajaan yang diberi mandat dan tanggungjawab untuk mengendalikan hubungan luar Malaysia dengan Negara-negara asing. Ini merangkumi perkara-perkara berhubung dengan hubungan politik,hal ehwal keselamatan serta promosi sosial dan kebudayaan. Kementerian ini dipertanggungjawabkan untuk menepati objektif-objektif tersebut,menguruskan hubungan dua hala,hubungan serantau dan pelbagai hala dengan Negara-negara asing dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa. Hubungan ini merangkumi bidang politik,ekonomi dan kebudayaan. Mempromosi pelaburan dan perdagangan dengan Negara-negara asing. Mengendalikan aktiviti-aktiviti sokongan termasuk perkhidmatan,pentadbiran am,kewangan,kaunselor,keselamatan dan komunikasi.
Misi kementerian luar negeri adalah melindungi dan memajukan kepentingan Malaysia dan menyumbang ke arah suatu komuniti antarabangsa yang adil dan saksama melalui amalan diplomasi proaktif.
5.1.1 Peranan ASEAN
ASEAN telah ditubuhkan pada 8 Ogos 1967, apabila beberapa buah negara termasuk Malaysia menandatangani deklarasi penubuhan Asean di Bangkok. Pengisytiharan ini telah ditandatangani oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak Hussein, Menteri Luar Indonesia, Dr. Adam Malik, Menteri Luar Thai, Thanat Khoman, Setiausaha Luar Filipina, Narciso Ramos, dan Menteri Luar Singapura, S.Rajaratnam. Pada dasarnya, Asean mempunyai matlamat yang sama dengan ASA. Ia bertujuan untuk mewujudkan kerjasama yang lebih erat di kalangan Negara anggota dalam bidang ekonomi dan lain-lain. Namun peranan Asean telah berkembang lebih daripada itu. Hubungan diplomatik yang pada asalnya hanya melibatkan tiga buah Negara dalam ASA kini telah berkembang menjadi 10 buah Negara.
Pada tahun 1984, keanggotaan ASEAN telah bertambah dengan kemasukan negara Brunei Darul Salam pda 7 Januari 1984, Vietnam pada 28 Jualai 1995, Laos dan Myanmar pada 23 Julai 1997 dan akhir sekali Kemboja sebagai ahli ASEAN yang terakhir telah memenuhi misi penubuhan ASEAN pada tahun 1967 di Bangkok iaitu mahu menjadikan ASEAN 10 berjaya dan seterusnya membawa negara-negara di Asia Tenggara kepada satu era yang lebih maju dari segi sosio-ekonomi, politik dan keselamatan serantau.
Walaupun matlamat awal penubuhan ASEAN ialah untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang sosial dan ekonomi namun sejak awal penubuhan ASEAN iaitu pada tahun 1967 sehingga tahun 1974 banyak menyentuh tentang bentuk rundingan dan juga kerjasama serantau terutama dalam persoalan politik serantau. Dengan kejatuhan Vietnam Selatan kepada komunis pda tahun 1975 dan diiikuti dengan pencerobohan terhadap kemboja pada tahun 1978 merupakan cabaran yang besar terhadap ASEAN untuk mengorak langkah dalam menangani masalah ini. Oleh itu, satu persidangan di antara ketua-ketua negara ASEAN buat pertama kalinya telah diadakan di Bali, Indonesia pada bulan Februari 1976.
Pertemuan pertama selepas sembilan tahun penubuhan ini telah berjaya menghasilkan dua dokumen yang berkaitan iaitu Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara dan Deklarasi Kerukunan ASEAN. Kedua-dua kesetiaan ini adalah memberi tumpuan kepada kestabilan politik serantau seperti usaha membendung ancaman komunis , campurtangan kuasa-kuasa luar selain daripada menyelesaikan masalah dalaman ASEAN sendiri. Dengan menwujudkan beberapa kerjasama politik ASEAN seperti pelancaran konsep ZOPFAN, ARF dan Keselamatan serantau menyebabkan negara ASEAN terselamat dari pencabulan hak oleh negara dunia pertama.
Semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjawat jawatan perdana menteri, beliau telah menggariskan tiga pendekatan baharu Malaysia bagi meningkatkan kerjasama ekonomi dengan ASEAN secara lebih berkesan supaya dapat menjamin rantau ini kekal dinamik dan terus menarik di Sidang Kemuncak ASEAN di Laos tak lama dulu. Tiga pendekatan itu adalah menruskan integrasi ekonomi secara meluas, mengembangkan rangkaian dengan Negara-negara rakan dagang, mempromosikan inisiatif pembangunan serantau.
5.1.2 Peranan Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC)
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) ditubuhkan pada 25 September 1969 (12 Rejab 1389H) bersempena Persidangan Dunia Islam pertama di Rabat, ibu negara Maghribi ketika memuncaknya serangan ganas terhadap Masjid Al-Aqsa oleh puak Zionis. Tindakan biadab puak Zionis itu mendorong para pemimpin Islam menubuhkan sebuah pertubuhan antarabangsa bagi memperjuangkan kepentingan umat Islam dalam segenap bidang di seluruh dunia.
Matlamat utama OIC adalah untuk menggalakkan keeratan antara ahli negara-negara Islam bagi menyelaras kerjasama antara negara ahli dalam bidang ekonomi, sosial, budaya, saintifik, dan bidang-bidang lain bagi berusaha untuk menghapuskan perbezaan rasial dan diskriminasi dan menentang kolonial dalam semua bentuk dan untuk menyokong semua Muslim dalam usaha mereka mempertahankan maruah, kebebasan dan hak negara, membina jambatan antara jurang perbezaan budaya dunia.
Peranan Malaysia dalam OIC
Tunku Abdul Rahman menjadi Setiausaha Agung OIC yang pertama. Malaysia juga menjadi perantara menyelesaikan perang Iran-Iraq.Sumbangan Malysia seperti memberi sokongan kepada Palestin dalam perjuangan menentang Israel. Malaysia diberi kepercayaan menjadi tuan rumah persidangan OIC. Menganjurkan persidangan menentang pengganas di kalangan negara Islam. Memberi tawaran biasiswa kepada pelajar OIC untuk belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Mengesyorkan penggunaan dinar emas di kalangan negara Islam dalam urusan perdagangan.
Pinjaman daripada Bank Pembangunan Islam sangat berguna bagi melaksanakan projek-projek pembangunan untuk kepentingan rakyat. OIC memberikan bantuan kepada Malaysia untuk menubuhkan UIAM. Malaysia mendapat penghormatan daripada negara-negara anggota kerana amat serius memperjuangkan hak dan kebajikan negara-negara Islam.
5.1.3 Peranan KOMENWEL
Pertubuhan Negara-negara Bekas Jajahan British (KOMENWEL)
Pertubuhan ini dibentuk pada tahun 1931. Pertubuhan ini dianggotai oleh negara bekas tanah jajahan Britain yang merdeka. Anggota pertubuhan ini diantara 54 negara maju dan negara sedang membangun. Sekretariat Komanwel ditubuhkan pada tahun 1965, manakala beribu pejabat ditubuhkan di London.Pertubuhan ini dapat membina semangat setia kawan dan mewujudkan kerjasama dalam pelbagai bidang. Selepas merdeka, negara Komawel membantu Malaysia memelihara keamanan dan kedaulatan negara menyekat perjuangan PKM. Secara rasminya, perjanjian pertahanan dengan Britain, Australia dan New Zealand, Negara-negara ini menjanjikan bantuan jika diserang oleh mana-mana pihak. Malaysia juga telah mendapat sokongan oleh Negara-negara maju dalam Komanwel umpamanya pemberian status Skim Keutamaan Am (GSP) bagi barang Malaysia. Dengan adanya skim ini, cukai barangan Malaysia akan direndahkan dan secara tidak lansung akan meningkatkan persaingan barangan Malaysia dengan barangan Negara lain di pasaran luar.
5.1.4 Peranan NAM
Matlamat NAM ialah Mengekalkan keamanan dunia. Nam Tidak menyokong blok barat atau blok komunis. Nam juga Mengelak campur tangan asing dalam hal ehwal sesebuah Negara. Menyelesaikan sebarang pertelingkahan antara negara melalui perundingan dan persefahaman.
Nam menghormati hak asasi manusia. Nam Membela kepentingan negara sedang membangun.
Nam menghormati hak asasi manusia. Nam Membela kepentingan negara sedang membangun.
Nam juga Membela isu Palestin. NAM juga melaksanakan kerjasama ekonomi. Matlamat lain ialah membincangkan isu Antartika dan Cadangan menghapuskan dasar apartheid di Afrika Selatan. Pada bulan Februari, Malaysia diberi penghormatan menjadi tuan rumah persidangan. Malaysia kini ialah Pengerusi Sidang Kemuncak NAM ke-13 sehingga tahun 2006 dengan 114 buah negara anggota, iaitu 2/3 daripada jumlah keanggotaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Peranan Malaysia Dalam NAM
Dalam Sidang Kemuncak Ketujuh di New Delhi 1987, Malaysia telah membuat beberapa usul bagi menjaga kepentingan negara-negara sedang membangun. Mereka membincangkan isu Palestin, kerjasama ekonomi dan isu Benua Antartika. Dalam Sidang Kemuncak Kelapan di Harare(Zimbabwe) 1988, Malaysia mengemukakan cadangan penghapusan dasar Apartheid di Afrika Selatan. Malaysia diberi penghormatan sebagai Naib Presiden dalam Sidang Kemuncak NAM di Belgrade. Malaysia dilantik sebagai ahli Kumpulan 16 yang membincangkan isu kerjasama politik negara anggota.
Malaysia menjadi tuan rumah kepada sidang kemuncak NAM yang ke -13 pada tahun 2003.Antara sumbangan yang terbesar Malaysia sumbangkan ialah membawa masuk Timur Leste dan Pulau Catalina ke dalam NAM. Deklarasi Kuala Lumpur menegaskan tentang usaha menghidupkan NAM dan pernyataan bersama tentang kedudukan Palestin dan serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq.
BAB 4:PEMBANGUNAN NEGARA
4.0 DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
- 1. DEFINISI DASAR • Suatu kenyataan mengenai hasrat bagi mencapai sesuatu maksud atau kehendak DEFINISI PEMBANGUNAN • Usaha mengubah masyarakat atau negara daripada keadaan mundur kepada maju. • Kemampuan manusia memenuhi potensi mereka untuk memastikan mereka dapat memperolehi keperluan-keperluan asas.
- 2. TUJUAN DASAR Matlamat keselamatan negara. Perpaduan dan kestabilan negara. Kesejahteraan sosial dan ekonomi rakyat dan masyarakat.
- 3. DASAR-DASAR UTAMA KERAJAAN 1. DASAR-DASAR EKONOMI Wawasan 2020 RRJP (RM 6)/ DPN Dasar Perindustrian Negara Dasar Persyarikatan Malaysia Dasar Penswastaan Dasar pertanian Negara Dasar Sains dan Teknologi
- 4. DASAR-DASAR UTAMA KERAJAAN 2. DASAR-DASAR SOSIAL/ETIKA KERJA Dasar Pendidikan Kebangsaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan Dasar/Program Pembaharuan Dan Peningkatan Dasar Penerapan Nilai-Nilai Murni Dalam Pentadbiran Dasar Wanita Negara Dasar Sosial Negara
- 5. DASAR-DASAR UTAMA KERAJAAN 3. DASAR-DASAR LUAR NEGERI • Kawasan aman, bebas dan berkecuali (ZOPFAN) • Antartika
- 6. Dasar Sains & Teknologi Dasar Pendidikan Kebangsaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan Dasar Pensyarikatan Negara Dasar Perindustrian Negara Dasar Sosial Negara Dasar Penswastaan Dasar Pertanian Negara Dasar Pandang Ke Timur
- 7. DASAR SAINS DAN TEKNOLOGI • Dasar ini diumumkan pada bulan april 1986 • Matlamatnya ialah ; Membantu Malaysia menjadi sebuah negara maju dengan menggalakkan penggunaan sains dan teknologi sebagai alat untuk pembangunan ekonomi serta menggiatkan pembangunan sektor perindustrian agar lebih canggih, dinamik dan dapat bersaing dengan negara-negara lain.
- 8. DASAR SAINS DAN TEKNOLOGI Strategi pelaksanaan i. Menubuhkan Pusat Kecemerlangan Sains ii. Menggalakkan pemindahan teknologi antara sektor dengan lebih agresif iii. Menggalakkan peranan sektor awam dan swasta dalam penggunaan sains dan teknologi yang terkini iv. Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan untuk merintis jalan ke arah penemuan dan penyelidikan terkini dalam sains dan teknologi v. Menubuhkan pusat mengumpul dan mengedar maklumat tentang aspek sains dan teknologi
- 9. DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN Objektif i. Untuk membentuk , mewujudkan dan mengekalkan identiti negara yang unik ii. Menjadi saluran untuk mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan Prinsip utama i. Kebudayaan rakyat asal rantau ini menjadi teras utama ii. Islam sebagai agama rasmi menjadi unsur utama pembentukkan kebudayaan kebangsaan iii. Kebudayaan kaum lain yang sesuai juga diterapkan
- 10. DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN Strategi i. Meninggikan taraf dan mutu kesenian ii. Memenuhi keperluan sosiobudaya negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk iii. Mengamalkan toleransi agama dan budaya iv. Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia
- 11. DASAR PERSYARIKATAN MALAYSIA Diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Bin Mohamed, pada tahun 1983 sebagai pendekatan asas bagi pembangunan negara. Objektif Persyarikatan Malaysia bertujuan mewujudkan satu kerjasama yang erat, bermakna dan berkesan di antara pihak sektor awam dengan pihak swasta dalam menjayakan pembangunan negara yang akan membuahkan munafaat yang akan dikecapi oleh kedua-dua pihak.
- 12. DASAR PERSYARIKATAN MALAYSIA Strategi Perlaksanaan i. Sikap kurang faham terhadap pihak awam dengan pihak swasta perlulah dihapuskan ii. Pihak awam dan swasta haruslah mempunyai satu persetujuan bagi mencapai matlamat negara. iii. Peraturan dan prosedur kerja pihak awam hendaklah dikaji dan diubah di mana perlu dan jika boleh pihak swasta hendaklah dilibatkan dalam menggubal peraturan serta prosedur yang ada. iv. Hubungan di antara Kementerian/Jabatan/Badan Berkanun di antara satu sama lain hendaklah dipertingkatkan supaya setiap agensi kerajaan mempunyai matlamat kerja dan cara bekerja yang sama.
- 13. DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA Objektif i. Menjadikan sektor perkilangan sebagai pertumbuhan perindustrian negara dan ekonomi keseluruhannya ii. Menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber-sumber asli negara iii. Meninggikan tahap penyelidikan & pembangunan (R&D) teknologi tempatan sebagai asas bagi Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian
- 14. DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA Strategi Perlaksanaan i. Dasar perindustrian yang berpandangkan keluar bagi mengekalkan kadar pertumbuhan perindustrian yang tinggi ii. Memajukan secara intensif industri berasaskan sumber untuk eksport & mempelbagaikan industri. iii. Memajukan industri berat terpilih untuk menyokong industri eksport. iv. Memaju dan menggunakan sistem perkhidmatan maklumat yang bersepadu v. Membangunkan teknologi dan tenaga rakyat
- 15. DASAR PENSWASTAAN Objektif i. Mengurangkan beban kewangan kerajaan. ii. Meninggikan kecekapan dan penghasilan kerja. iii. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi. iv. Pengagihan sumber secara cekap. v. Mempercepatkan pencapaian hasrat DEB.
- 16. DASAR PERTANIAN NEGARA • Dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir pada 12 Januari 1984. • Usaha Kerajaan untuk membangunkan sektor pertanian (tanaman, ternakan, perikanan & perhutanan). • Dapat menyediakan peluang pekerjaan, membekal sumber bahan mentah sektor perindustrian, menyedia sumber makanan dan meningkatkan eksport negara.
- 17. DASAR PERTANIAN NEGARA Objektif i. Meningkatkan sekuriti makanan (food security) ii. Meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian iii. Mengukuhkan pertalian dengan sektor-sektor lain iv. Mewujudkan sumber pertumbuhan yang baru untuk sektor pertanian v. Memulihara dan menggunakan sumber-sumber asli secara mampan
- 18. DASAR PERTANIAN NEGARA Strategi i. Pembukaan Tanah Baru ii. Pembangunan “In-Situ” iii. Perkhidmatan Sokongan Pertanian iv. Pembangunan Sosial & Institusi v. Penswastaan dan Penyertaan Pihak Swasta vi. Pembangunan Komoditi vii. Program Halacara Baru dlm Pembangunan Kampung & Luar Bandar
- 19. DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN • Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 & dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957. • Dilaksanakan utk mengganti sistem pendidikan penjajah. • Disemak semula pada tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib & dimaktubkan dlm Akta Pelajaran, 1961.
- 20. DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN Objektif • Menyatukan kanak-kanak sekolah daripada pelbagai kaum dan menyediakan tenaga kerja yang mencukupi untuk tujuan pembangunan negara (Digariskan dalam Penyata Razak- 1956) • Menggalakkan perkembangan sosial, ekonomi, politik dan kebudayaan (Akta Pelajaran - 1961) • Membantu melahirkan tenaga kerja terlatih untuk jangka pendek dan panjang, bersatu dan berdisplin • Mewujudkan sistem pendidikan yang lebih berkualiti dan bertaraf antarabangsa • Memastikan sistem pendidikan berupaya menangani perkembangan sains dan teknologi semasa
3.0 PERPADUAN NEGARA DAN INTERGRASI NASIONAL
Objektif P & P •
1) Dapat membezakan jenis integrasi. •
2) Dapat menyatakan masalah dalam usaha mewujudkan perpaduan kaum. •
3) Dapat mengemukan pengajaran diperoleh daripada peristiwa 13 Mei 1969.
3.1 KONSEP PERPADUAN
Proses perpaduan merujuk kpd penyatuan masy dlm semua aspek kehidupn spt fizikal, eko, politik & sosial
• Perpaduan rakyat mrp 1 proses yg mesti dititikberatkn dlm penyusunan strategi pbangunan & ptdbrn ngra spy mampun kekal & pertahankn kebebasan di samping majukn eko sbg sebuah ngra berdaulat.
Perpaduan penting bg ngra yg m’yai kepelbagaian ras etnik, bhs, agama, budaya spt Malaysia.
• Keutuhn sesebuah ngra bergantung pd keharmonian sosial yg blh wujudkn kestabilan politik yg m’bantu merangsang pertumbuhan ekonomi negara
3.2 KONSEP INTEGRASI
Konsep integrasi merujuk kpd proses penyatuan semua aspek fizikal, sosial,eko, politik tmsk aspek biologikal.
• Aspek biologikal ialah kesanggupan pelb. kumpulan etnik utk berkahwin campur.
• Namun tidak semua org mesti b’kahwin campur antra etnik memadai tdpt bbrp wakil yg sanggup utk hdp bersama.
Ringkasnya;
• Perpaduan = 1 proses yg menyatupadukn seluruh anggota masy & ngra melalui ideologi ngra spy setiap anggota masy dpt m’bentuk 1 identiti & nilai bersama serta perasaan cinta & bangga akan tanah air.
• Integrasi = 1 proses bagi mewujudkn 1 identiti nasional dlm kalangn kumpulan2 yg t’pisah drpd segi kebudayaan, sosial, eko & petempatan dlm sesebuah unit politik.
2.0 MASYARAKAT MAJMUK
Ciri yang nyata dalam sesebuah masyarakat yang bersifat majmuk ialah wujudnya jurang perpisahan di antara berbagai golongan etnik atau bangsa yang tinggal di dalam masyarakat yang berkenaan. Di negara kita, perpisahan sedemikian iaitu secara fizikal, telah lama wujud di kalangan penduduk di satu-satu petempatan bahkan pada zaman Kesultanan Melaka keadaan ini wujud untuk memudahkan perjalanan sistem pentadbiran – iaitu satu-satu golongan pendatang itu biasanya diletakkan di bawah ketua golongan itu sendiri. Maka muncullah perkampungan Cina, Jawa, India dan sebagainya.Terdapat perbezaan yang besar di antara keadaan dahulu, iaitu seperti di zaman kesultanan Melaka dengan keadaan yang wujud semasa zaman penjajah. Dahulu, orang asing yang bermastautin di Malaysia ini tidak ramai, apa lagi mereka yang mengambil keputusan untuk berintegrasi dengan penduduk pribumi dan seterusnya menghilangkan keperibadian asalnya. Pastinya soal status politik penduduk asing itu tidak pernah dipertikaikan : orang mendatang mempunyai negara ibunda masing-masing; kehadiran mereka di kawasan ini hanyalah sebagai penduduk sementara walaupun, pada hakikatnya, ramai juga yang akhirnya dikebumikan di negara ini.Walau bagaimanapun, akibat penjajahan pada abad ke 19 terutamanya di Asia Tenggara telah membawa perubahan yang besar kepada komposisi penduduk di beberapa negara jajahan takluk. Wujudnya pentadbiran British di negara ini menggalakkan lebih ramai orang Cina berhijrah masuk kerana permintaan bijih timah yang meningkat di Eropah. Untuk mempercepatkan lagi pengeluaran hasil ladang terutamanya getah, kaum Tamil telah dibawa masuk ke negara ini dari India yang sememangnya sudah menjadi tanah jajahan British. Perkembangan ekonomi yang semakin pesat ini sedikit sebanyak mengubah keadaan. Penduduk negara luar semakin ramai di negara ini dan masing-masing mempunyai kepentingan sendiri.Pada tahun-tahun 1920-an, pola masyarakat majmuk semakin nyata. Orang Melayu tinggal di kawasan desa atau pinggir bandar; orang Cina di kawasan bandar dan orang India di ladang-ladang getah. Perpisahan fizikal ini menyebabkan hubungan antara kaum menjadi semakin minima.(pmr.penerangan.gov.my)Jelas daripada penyataan di atas menunjukkan bahawa masyarakat majmuk yang lahir di negara kita ini datang daripada pelbagai aspek seperti penjajahan,kemasukan buruh dan penduduk asal negara itu sendiri. Masyarakat majmuk yang ada pada masa dahulu membentuk kemasyarakatan yang ada pada masa kini yang berkongsi perlembagaan, kebudayaan, adat resam, agama dan lain-lain dalam satu negara Malaysia.Definisi PerpaduanSatu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka.Perpaduan masyarakat merupakan sebahagian yang penting daripada perpaduan negara. Oleh itu adalah mustahak bagi kita meneliti latar belakang dan ciri-ciri masyarakat majmuk di negara kita.
Hasil daripada definisi perpaduan yang diperoleh jelas menunjukkkan bahawa perpaduan ini merupakan satu bentuk ikatan kerjasama ataupn penyatuan sesuatu individu atau kelompok dengan yang lain di dalam suatu masyarakat. Perpaduan adalah pandu ukur yang sangat penting sekali dalam membentuk suatu masyarakat dalam sesebuah negara mahupun serata dunia yang berkongsi budaya, adat resam, agama, bahasa dan lainnya.Perpaduan merupakan satu keperluan yang tidak dapat dipisahkan oleh mana-mana masyarakat dalam sesebuah negara demokrasi. Usaha untuk mencapai perpaduan bukan satu tindakan yang mudah untuk dilaksanakan oleh kerajaan sesebuah negara. Ia sering dilanda oleh pelbagai masalah yang berpunca dari tiga sumber iaitu pembangunan dan pendapatan yang tidak seimbang dalam kalangan rakyat pelbagai keturunan bangsa, wilayah-wilayah dalam sesebuah negara sering berpecah dan membentuk sebuah negara baru., serta tiada persefahaman rakyat yang terdiri dari berbilang bangsa. Masalah menjadi semakin serius apabila terdapat perbezaan dari segi agama, bahasa dan adat resam.Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk pelbagai kaum dan golongan etnik yang mepunyai ciri-ciri dan identiti yang berbeza. Sifat utama bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang masih kukuh kepada peranan tradisional mereka dan memegang teguh keapada nilai-nilai yang terbatas dalam kalangan sesuatu kaum itu sendiri merupakan masalah utama kepada sistem perpaduan di Malaysia.Masalah perpaduan kaum yang paling ketara dan masih diingati sehingga kini ialah Peristiwa 13 Mei 1969. Pertelingkahan kaum yang berlaku telah mengakibatkan negara kehilangan banyak nyawa dan kerugian harta benda. Ia mempunyai kaitan rapat dengan Pilihanraya Umum 1969 dan merupakan puncak manifestasi masalah perpaduan kaum di Malaysia.Usaha Membentuk PerpaduanUsaha membentuk perpaduan kaum merupakan satu perkara yang amat penting untuk membentuk satu negara yang utuh. Menyedari hakikat tersebut, kerajaan telah berusaha membentuk perpaduan kaum di negara Malaysia agar Malaysia mampu maju seiring dengan negara lain di dunia.Dasar perpaduan boleh dicapai melalui dua cara iaitu integrasi dan asimilasi. Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.Manakala asimilasi pula ialah satu proses bagaimana kumpulan-kumpulan minoriti diasimilasikan melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar. Menurut Vender Zanden, seorang ahli sosiologi, asimilasi adalah satu proses dalam mana kelompok-kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama.
Cara-cara mencapai perpaduan
| ||
Politik
|
Sosial
|
Ekonomi
|
· Integrasi politik
|
· Integrasi kebudayaan
· Integrasi sosial
· Integrasi pendidikan
|
· Integrasi wilayah
· Integrasi ekonomi
|
Memperkenalkan Rukun Negara.Idealogi nasional dengan tujuan untuk mencapai perpaduan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum, warna kulit, bangsa dan agama. Konsep rukun negara telah dibahagikan kepada lima prinsip iaitu:
1. Kepercayaan Kepada Tuhan.2. Kesetiaan kepada Raja Dan Negara3. Kedaulatan Undang-undang4. Keluhuran Perlembagaan5. Kesopanan Dan Kesusilaan
Penyusunan semula masyarakat selari dengan objektif Dasar Ekonomi BaruEkoran daripada peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969, Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah diperkenalkan pada tahun 1970 untuk menangani masalah ketidak seimbangan ekonomi di antara pelbagai kaum di Malaysia yang menjejaskan perpaduan antara kaum dan keamanan negara. Dasar Ekonomi Baru adalah disusun dan dijalankan menerusi strategi serampang dua mata iaitu:1. Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.
2. Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.Pengstrukturan semula masyarakat adalah supaya jenis kaum tidak sinonim dengan kegiatan ekonomi. Strategi serampang dua mata ini tertumpu kepada usaha menambah pendapatan golongan miskin dan penduduk di luar bandar, memodenkan sektor pertanian, meningkatkan tahap pelajaran, mewujudkan golongan komersial Bumiputera dan menambah pegangan ekuti korporat Bumiputera.
1. Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.
2. Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.Pengstrukturan semula masyarakat adalah supaya jenis kaum tidak sinonim dengan kegiatan ekonomi. Strategi serampang dua mata ini tertumpu kepada usaha menambah pendapatan golongan miskin dan penduduk di luar bandar, memodenkan sektor pertanian, meningkatkan tahap pelajaran, mewujudkan golongan komersial Bumiputera dan menambah pegangan ekuti korporat Bumiputera.
Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utamaCara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa hormoni antara kaum di negara ini.Kurikulum yang samaKurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi. Dalam konteks negara Malaysia, kurikilum juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukunegara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara.
Sukatan pelajaran yang seragamSukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata Razak adalah dianggap sebagai salah satu asas sistem pelajaran kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan negara.Mata pelajaran Sejarah memainkan peranan penting ke arah matlamat pembangunan. Melalui pelajaran Sejarah diharapkan dapat membina semangat perpaduan dan perasaan hormat menghormati terutama dlam masyarakat yang berbilang kaum, agama dan adat resam.
Peperiksaan yang seragamRancangan kerajaan untuk menseragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam. Dengan adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pelajaran para pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah. Langkah ini boleh menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian yang sama.SATU MALAYSIASetelah 52 Merdeka, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, budaya, adat resam dan fahaman politik memerlukan satu misi bagi memajukan negara secara bersama. Konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri adalah langkah yang amat bertepatan dengan suasana dan citarasa rakyat.Semua rakyat Malaysia perlu menganggap diri mereka adalah bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak dalam satu nada dan satu matlamat. Ciri-ciri demografi seperti negeri, daerah, kaum, agama dan budaya wajar dihindari bagi menwujudkan satu bangsa Malaysia yang berfikiran terbuka serta ingin memajukan negara secara bersama.Perpaduan kaum yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi dengan menganggap kita adalah rakyat Malaysia dan bangsa Malaysia. Keadaan ini akan dapat menwujudkan suasana negara yang aman, harmoni, selesa, keselamatan yang terjamin dan memberi kemakmuran kepada negara. Rakyat perlu memahami bahawa negara yang mempunyai kestabilan politik dan keselamatan yang terjamin akan memberi perkembangan ekonomi yang pesat. Oleh itu rakyat akan dapat menikmati limpahan daripada kerancakan ekonomi negara
Subscribe to:
Posts (Atom)