5.1.5 Peranan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Pertubuhan ini telah ditubuhkan secara rasmi tahun 1945. Ibu pejabat terletak di San Francisco (asal) berpindah ke New York pada tahun 1946. Pada peringkat awal pertubuhan, hanya 51 buah anggota telah menyertai. Pada tahun 2002, anggota pertubuhan ini telah meningkat kepada 189 buah anggota.Malaysia menyertai PBB pada 17 September 1957 selepas mencapai kemedekaan. Negara anggota perlu akur dengan Piagam PBB iaitu satu perjanjian antarabangsa yang menggariskan prinsip-prinsip asas hubungan antarabangsa.
Malaysia juga telah dipilih menjadi pemimpin ICDTT, iaitu agens antarabangsa yang ditugaskan untuk membanteras penyalahgunaan dadah. Selain memberikan pandangan, cadangan atau teguran kepada badan dunia ini, Malaysia juga terlibat dalam melaksanakan dasar PBB seperti menghantar pasukan pengama di Congo (1961), Somalia (1995), Bosnia (1996) dan sempadan Iran-Iraq (1990). Kemasukan Malaysia ke PBB telah mendatangkan banyak faedah. Contohnya, WHO telah banyak membantu penyelidikan dan peningkatan taraf hidup rakyat, FAO membantu pengeluaran makanan, manakala UNESCO telah memajukan sistem pendidikan Negara.
No comments:
Post a Comment