5.2 Konsep Pembangunan Dan Alam Sekitar
5.2.1 Menjelaskan Konsep Pencemaran Dan Pemuliharaan Alam Sekitar
Pendahuluan
Alam sekitar yang berkualiti menyumbang kepada usaha meningkatkan produktiviti dan pertumbuhan ekonomi jangka pendek dan jangka panjang. Beberapa mekanisme institusi dan program dilaksanakan untuk mengatasi pencemaran alam sekitar dan memulihara sumber asli melalui berbagai program Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCED). Malaysia tidak ketinggalan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan dan pemuliharaan alam sekitar.
Malaysia mengambil berat tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar bagi memastikan pembangunan yang mantap,mekanisme ekonomi yang positif dilaksanakan. Strategi ini disokong oleh undang-undang yang dikuatkuasakan dengan tegas dan adil. Langkah-langkah ini menggalakkan sektor swasta menerima pakai dan membangunkan teknologi bercirikan kecemerlangan kualiti alam sekitar.Tegasnya pembangunan dan diteruskan tanpa mencemar kualiti alam sekitar.
Kelemahan-kelemahan seperti garis panduan dan pendekatan pemuliharaan alam sekitar yang kurang jelas ditangani bagi mengelakkan pencemaran dan kemerosotan kualiti alam sekitar seperti hakisan tanah,pencemaran air dan udara.
Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Kualiti Alam Sekitar
Pencemaran dan kemrosotan kualiti alam sekitar akan menyebabakan kesan yang negative bukan sahaja terhadap kesihatan mausia tetapi juga kemajuan ekonomi Negara. Kepentingan kualiti alam sekitar terhadap manusia terbukti melalui penyelidikan dan kajian dalam dan luar Negara. Dalam beberapa penyelidikan di abad ni pengkaji mendapati bahawa jika manusia tidak menjaga dan memulihara alam sekitar bagi mengelakkan kesan-kesan negatif, kualiti kehidupan manusia akan merosot akibat perbuatan manusia sendiri amnya, Ini kerana walaupun kemajuan fizikal dipertingkatkan namun akibat kelalaian, kerakusan dan sifat suka membelakangkan undang-undang, manusia akan hilang sedikit demi sedikit nikmat alam yang indah dan udara yang bersih. Umumnya, jika keadaaa demikian berterusan, makhluk di bumi ini akan terus mengalami kesan-kesan buruk, seperti pencemaran alam sekitar.
No comments:
Post a Comment