BAB 4:PEMBANGUNAN NEGARA
- 1. DEFINISI DASAR • Suatu kenyataan mengenai hasrat bagi mencapai sesuatu maksud atau kehendak DEFINISI PEMBANGUNAN • Usaha mengubah masyarakat atau negara daripada keadaan mundur kepada maju. • Kemampuan manusia memenuhi potensi mereka untuk memastikan mereka dapat memperolehi keperluan-keperluan asas.
- 2. TUJUAN DASAR Matlamat keselamatan negara. Perpaduan dan kestabilan negara. Kesejahteraan sosial dan ekonomi rakyat dan masyarakat.
- 3. DASAR-DASAR UTAMA KERAJAAN 1. DASAR-DASAR EKONOMI Wawasan 2020 RRJP (RM 6)/ DPN Dasar Perindustrian Negara Dasar Persyarikatan Malaysia Dasar Penswastaan Dasar pertanian Negara Dasar Sains dan Teknologi
- 4. DASAR-DASAR UTAMA KERAJAAN 2. DASAR-DASAR SOSIAL/ETIKA KERJA Dasar Pendidikan Kebangsaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan Dasar/Program Pembaharuan Dan Peningkatan Dasar Penerapan Nilai-Nilai Murni Dalam Pentadbiran Dasar Wanita Negara Dasar Sosial Negara
- 5. DASAR-DASAR UTAMA KERAJAAN 3. DASAR-DASAR LUAR NEGERI • Kawasan aman, bebas dan berkecuali (ZOPFAN) • Antartika
- 6. Dasar Sains & Teknologi Dasar Pendidikan Kebangsaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan Dasar Pensyarikatan Negara Dasar Perindustrian Negara Dasar Sosial Negara Dasar Penswastaan Dasar Pertanian Negara Dasar Pandang Ke Timur
- 7. DASAR SAINS DAN TEKNOLOGI • Dasar ini diumumkan pada bulan april 1986 • Matlamatnya ialah ; Membantu Malaysia menjadi sebuah negara maju dengan menggalakkan penggunaan sains dan teknologi sebagai alat untuk pembangunan ekonomi serta menggiatkan pembangunan sektor perindustrian agar lebih canggih, dinamik dan dapat bersaing dengan negara-negara lain.
- 8. DASAR SAINS DAN TEKNOLOGI Strategi pelaksanaan i. Menubuhkan Pusat Kecemerlangan Sains ii. Menggalakkan pemindahan teknologi antara sektor dengan lebih agresif iii. Menggalakkan peranan sektor awam dan swasta dalam penggunaan sains dan teknologi yang terkini iv. Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan untuk merintis jalan ke arah penemuan dan penyelidikan terkini dalam sains dan teknologi v. Menubuhkan pusat mengumpul dan mengedar maklumat tentang aspek sains dan teknologi
- 9. DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN Objektif i. Untuk membentuk , mewujudkan dan mengekalkan identiti negara yang unik ii. Menjadi saluran untuk mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan Prinsip utama i. Kebudayaan rakyat asal rantau ini menjadi teras utama ii. Islam sebagai agama rasmi menjadi unsur utama pembentukkan kebudayaan kebangsaan iii. Kebudayaan kaum lain yang sesuai juga diterapkan
- 10. DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN Strategi i. Meninggikan taraf dan mutu kesenian ii. Memenuhi keperluan sosiobudaya negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk iii. Mengamalkan toleransi agama dan budaya iv. Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia
- 11. DASAR PERSYARIKATAN MALAYSIA Diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Bin Mohamed, pada tahun 1983 sebagai pendekatan asas bagi pembangunan negara. Objektif Persyarikatan Malaysia bertujuan mewujudkan satu kerjasama yang erat, bermakna dan berkesan di antara pihak sektor awam dengan pihak swasta dalam menjayakan pembangunan negara yang akan membuahkan munafaat yang akan dikecapi oleh kedua-dua pihak.
- 12. DASAR PERSYARIKATAN MALAYSIA Strategi Perlaksanaan i. Sikap kurang faham terhadap pihak awam dengan pihak swasta perlulah dihapuskan ii. Pihak awam dan swasta haruslah mempunyai satu persetujuan bagi mencapai matlamat negara. iii. Peraturan dan prosedur kerja pihak awam hendaklah dikaji dan diubah di mana perlu dan jika boleh pihak swasta hendaklah dilibatkan dalam menggubal peraturan serta prosedur yang ada. iv. Hubungan di antara Kementerian/Jabatan/Badan Berkanun di antara satu sama lain hendaklah dipertingkatkan supaya setiap agensi kerajaan mempunyai matlamat kerja dan cara bekerja yang sama.
- 13. DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA Objektif i. Menjadikan sektor perkilangan sebagai pertumbuhan perindustrian negara dan ekonomi keseluruhannya ii. Menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber-sumber asli negara iii. Meninggikan tahap penyelidikan & pembangunan (R&D) teknologi tempatan sebagai asas bagi Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian
- 14. DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA Strategi Perlaksanaan i. Dasar perindustrian yang berpandangkan keluar bagi mengekalkan kadar pertumbuhan perindustrian yang tinggi ii. Memajukan secara intensif industri berasaskan sumber untuk eksport & mempelbagaikan industri. iii. Memajukan industri berat terpilih untuk menyokong industri eksport. iv. Memaju dan menggunakan sistem perkhidmatan maklumat yang bersepadu v. Membangunkan teknologi dan tenaga rakyat
- 15. DASAR PENSWASTAAN Objektif i. Mengurangkan beban kewangan kerajaan. ii. Meninggikan kecekapan dan penghasilan kerja. iii. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi. iv. Pengagihan sumber secara cekap. v. Mempercepatkan pencapaian hasrat DEB.
- 16. DASAR PERTANIAN NEGARA • Dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir pada 12 Januari 1984. • Usaha Kerajaan untuk membangunkan sektor pertanian (tanaman, ternakan, perikanan & perhutanan). • Dapat menyediakan peluang pekerjaan, membekal sumber bahan mentah sektor perindustrian, menyedia sumber makanan dan meningkatkan eksport negara.
- 17. DASAR PERTANIAN NEGARA Objektif i. Meningkatkan sekuriti makanan (food security) ii. Meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian iii. Mengukuhkan pertalian dengan sektor-sektor lain iv. Mewujudkan sumber pertumbuhan yang baru untuk sektor pertanian v. Memulihara dan menggunakan sumber-sumber asli secara mampan
- 18. DASAR PERTANIAN NEGARA Strategi i. Pembukaan Tanah Baru ii. Pembangunan “In-Situ” iii. Perkhidmatan Sokongan Pertanian iv. Pembangunan Sosial & Institusi v. Penswastaan dan Penyertaan Pihak Swasta vi. Pembangunan Komoditi vii. Program Halacara Baru dlm Pembangunan Kampung & Luar Bandar
- 19. DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN • Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 & dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957. • Dilaksanakan utk mengganti sistem pendidikan penjajah. • Disemak semula pada tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib & dimaktubkan dlm Akta Pelajaran, 1961.
- 20. DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN Objektif • Menyatukan kanak-kanak sekolah daripada pelbagai kaum dan menyediakan tenaga kerja yang mencukupi untuk tujuan pembangunan negara (Digariskan dalam Penyata Razak- 1956) • Menggalakkan perkembangan sosial, ekonomi, politik dan kebudayaan (Akta Pelajaran - 1961) • Membantu melahirkan tenaga kerja terlatih untuk jangka pendek dan panjang, bersatu dan berdisplin • Mewujudkan sistem pendidikan yang lebih berkualiti dan bertaraf antarabangsa • Memastikan sistem pendidikan berupaya menangani perkembangan sains dan teknologi semasa
No comments:
Post a Comment