5.3 Konsep Pembangunan Insan
5.3.1 Sistem Pendidikan
Sistem pendidikan di Negara ini telah wujud sejak zaman kegemilangan Empayar Melaka. Dengan kedatangan agama Islam ke Melaka pada abad ke-15, pendidikan zaman ini adalah berteraskan ajaran Islam. Perkara asas yang telah diajar ialah membaca Al-Quran dan kitab-kitab tentang agama Islam. Pendidikan agama ini dilaksanakan di surau-surau dan juga di madrasah. Bertitik tolak dari pendidikan awal ini maka lahirlah sistem pendidikan pondok di mana para pelajar yang mendalami ilmu agama tinggal di pondok (rumah kecil). Guru agama atau para ulama akan datang ke pondok-pondok ini untuk mengajar murid-murid mereka. Mata pelajaran yang disampaikan oleh guru-guru agama ini adalah ilmu Tauhid, Fiqh, Hadis, Nahu Saraf dan Tasauf. Bahasa Arab dan juga menulis jawi telah diajar di sekolah pondok. Pada tahun 1511, selepas Portugis menawan Melaka, pendidikan berasaskan agam Kristian mazhab Roman Katholik telah diperkenalkan oleh Pihak Portugis.
Apabila Melaka jatuh ke tangan Belanda, mereka memperkenalkan pula ajaran Kristian mazhab Protestan. Sistem pendidikan Inggeris telah diperkenalkan di Tanah Melayu apabila Negara ini dikuasai oleh British. Pada zaman pemerintahan British adalah tidak seimbang dan menerusi sistem ini mereka telah mewujudkan empat jenis persekolahan iaitu Sekolah Melayu, Sekolah Inggeris, Sekolah Cina, dan Sekolah Tamil.
Perkembangan Sekolah Inggeris
Sekolah-sekolah Inggeris yang terawal telah dibuka dan ditadbirkan oleh mubaligh-mubaligh Kristian, iaitu Mazhab Angilican, Roman Katolik, dan Methodist. Sekolah Inggeris yang pertama di Tanah Melayu ialah Penang Free School. Sekolah ini telah didirikan pada tahun 1816 oleh Rev. R.S.Hutchings , seorang mubaligh Kristian Angilican di Pulau Pinang. Bermula dari sekolah rendah dan telah dinaik taraf pada tahun 1920-an kepada sekolah menengah. Sekolah ini dinamakan “Free” kerana ia menerima pelajar-pelajar dari semua bangsa dan agama. Pada tahun 1862, Melaka Free School telah didirikan manakala pada tahun 1834, Singapore Free School pula telah didirikan. Pada tahun 1863, sekolah ini telah ditukar namanya kepada Raffles Institution.
Sebuah sekolah Inggeris khusus untuk keluarga Diraja dan pembesar-pembesar negeri telah dibina pada tahun 1890 dan dinamakan Sekolah Raja. Mata pelajaranya adalah berteraskan sistem pendidikan di Britian.Apabila Victoria Institution dibuka pada tahun 1893 maka Sekolah Raja telah ditutup pada tahun berikutnya iaitu pada tahun 1894.
Sekolah Mubaligh
Penglibatan mubaligh-mubaligh Kristian dalam sistem pendidikan di Negara ini telah bermula dari zaman penjajahan Portugis di Melaka. Selepas Tanah Melayu jatuh ke tangan British, golongan mubaligh telah memainkan peranan utama dalam perkembangan sistem pendidikan di Negara ini. Mereka terdiri dari golongan Anglican, Roman Katolik dan Methodist. Selain dari Free School, mubaligh Anglican juga telah mendirikan Bukit Bintang Girl School dan St.Mary. Pada tahun 1897, mubaligh Methodist telah mendirikan Sekolah Anglo-Tamil di Kuala Lumpur. Sekolah ini kemudianya telah ditukar nama kepada Methodist Boys School.
Manakala sekolah Cina yang ditadbir oleh mubaligh Methodist dikenali sebagai Anglo-Chinese School (ACS). Sekolah-sekolah ini telah dibuka di Kapar, Teluk Intan, Setiawan, Klang dan Seremban. Mubaligh Roman Katolik pula terkenal dengan penubuhan sekolah-sekolah Convent untuk murid-murid perempuan dan Sekolah Saint untuk murid-murid lelaki. Sekolah-sekolah mubaligh yang ditadbirkan oleh agama Kristian mempunyai ciri-ciri iaitu untuk mengembangkan agama Kristian dan ilmu Bahasa pengantar, mendapat bantuan dan sokongan daripada Kerajaan British, Melayu seramai 2090 orang dan mewajibkan murid-murid bukan beragama Islam mengikuti pelajaran agama Kristian.
Pada keseluruhanya orang Melayu tidak berminat untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah mubaligh. Mereka curiga bahawa anak-anak mereka akan dipengaruhi oleh agama tersebut.
Perkembangan Sekolah Cina
Perkembangan dan kemajuan sekolah-sekolah cina di Tanah Melayu adalah dibiaya oleh masyarakat cina sendiri. Kerajaan British tidak menghulurkan apa-apa bantuan dalam perkembangan sistem pendidikan . Sekolah-Sekolah ini menggunakan dialek kaum masing-masing iaitu Kantonis, Hokkien, Hakka dan lain-lain. Sistem pendidikan aliran Cina ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu Sekolah Rendah yang meliputi tempoh enam tahun, Sekolah Menengah Rendah (Junior Middle Three) meliputi tempoh tiga tahun dan juga Sekolah Menengah Atas (Senior Middle Three) meliputi tempoh tiga tahun.
Sekolah Menengah Cina yang pertama didirikan di Tanah Melayu ialah di Singapura. Sekolah ini telah didirikan pada tahun 1913. Pada tahun 1920, penggunaan Bahasa Mandarin atau Kuo Yu dilaksanakan. Bantuan kewangan, membina sekolah dan melantik nazir sekolah telah dilaksanakan oleh Kerajaan British bagi mengawal mutu pendidikan sekolah-sekolah Cina. Pada tahun 1920, Kerajaan British telah meluluskan Enakmen Pendaftaran sekolah-sekolah Cina. Bagi mengawal perkembangan Sekolah Cina, Kerajaan British telah mengambil langkah memperkenalkan Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan sukatan pelajaran baru yang bercirikan tempatan.
Perkembangan Sekolah Tamil
Sekolah-sekolah Tamil telah didirikan oelh pemilik-pemilik lading itu sendiri. Sekolah Tamil terawal telah didrikan di Pulau Pinang pada tahun 1816. Sekolah ini ditutup kerana tidak mendapat sambutan. Pada tahun 1850, sekolah Anglo Tamil telah didrikan di Melaka tetapi hanya bertahan selama sepuluh tahun. Pada tahun 1859, sebuah lagi Sekolah Tamil iaitu Sekolah ST. Francis Xavier Malabar telah dibuka di Singapura.
Mereka menamatakan pelajaran di peringkat rendah dan bekerja sebagai buruh di estet-estet. Pada tahun 1911, Kerajaan British telah menguatkuasakan Undang-undang Buruh. Pada tahun 1914, sekolah-sekolah Tamil telah didirikan di kawasan perbandaran yang mempunyai ramai penduduk kaum India. Sekolah Tamil Vivekananda adalah salah satu sekolah yang terkenal di Kuala Lumpur. Pada tahun 1930, nazir sekolah Tamil diwujudkan dan latihan untuk guru-guru Tamil yang diadakan bagi mengatasi kekurangan guru yang terlatih. Di sekolah, menggunakan Bahasa Tamil, Malayalam dan Telegu. Sekolah Tamil di Negara ini hanya terhad kepada peringakat rendah sahaja
No comments:
Post a Comment